PJK-TVET Video Contest 2018!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

PJK-TVET Video Contest 2018 adalah inisiatif Jawatan Kuasa e-Leaning PJK untuk mengcungkil bakat terpendam dan kreativiti pelajar dan staf akademik dalam aspek inovasi dan pembikinan video berteraskan P&P.  Terdiri daripada 3 kategori utama iaitu:

  1. Short Video (eMicroContentCompetition-eMCC)
  2. PJK-TVET tunes
  3. eConvergence Video

Syarat-syarat am Pertandingan

1) Terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah Politeknik Jeli sahaja.

2) Borang penyertaan boleh diambil di pautan COMPETITON>PJK-TVET Video Contest2018 > Borang pendaftaran. Borang boleh dihantar ke Unit of Instructional Development and Multimedia (UIDM) atau emel ke yasir@pjk.edu.my

2) Penyertaan dibuka sekarang sehingga tarikh tutup pada 18.3.2018 (Ahad). Pemenang akan diumumkan pada 25.3.2018 (Ahad)

3) Keputusan juri adalah muktamad.

4) Pemenang yang diumumkan di setiap kategori akan mewakili Politeknik Jeli ke pertandingan eDOLA2018 bagi peringkat kebangsaan.

4) Syarat-syarat bagi setiap kategori pertandingan adalah seperti berikut di bawah;

Short Video
1) Animation

– terbuka kepada semua jabatan

(JAB, JPA,JMSK)

– format stop-motion, flash, powtoon, scribe (non-live action)

– Mana-mana topik dalam mana-mana subjek (hands-on topic) dan bahasa mengikut kurikulum subjek

2) Video standard (niche area)

-terbuka kepada subjek dibawah JAB sahaja

– Mana-mana topik dalam mana-mana subjek (hands-on topic) dan bahasa mengikut kurikulum subjek

– Role-play technique

3) Video standard (non-niche area)

– terbuka kepada subjek dibawah JPA dan JMSK

– Mana-mana topik dalam mana-mana subjek (hands-on topic) dan bahasa mengikut kurikulum subjek

– Role-play technique

4) Bil. Peserta : 4 orang (1 penyelia, 3 pelajar)

5) Durasi video : 2-3 minit

PJK-TVET tunes
1) Konsep : Acapella

(alat muzik/instrument tidak dibenarkan, hanya TVET tools sahaja)

-lirik digubah mengikut mana-mana subjek dan bahasa mengikut kurikulum subjek

 2) Boleh menggunakan melodi sedia ada dan perlu di kreditkan

 3) Bil. Peserta : 5 orang (1 penyelia, 4 pelajar )

 4) Durasi : 2-3 minit

e-Convergence Video
1) Tema/konsep :  Mengikut tema sedia ada di pertandingan eDOLA2017

(perlu lebih fokus industri 4.0) Promoting healthy way of education & independent learning

2) Terbuka kepada kumpulan pensyarah dan kumpulan pelajar

 3) Bil. Peserta : 5 orang

 4) Durasi video : 5 –10 minit

Advertisements

Rubrik Pertandingan eDOLA2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan dokumen penilaian / rubrik bagi pertandingan eDOLA 2017.
Moga perkongsian ini dapat membantu para Pensyarah membangunkan bahan-bahan dalam pertandingan eDOLA yang dihasilkan.

Rubrik eMCC >> rubrik-emcc-2017

Rubrik MOOCMaster >> rubrik-moocmaster-competition-2017

Rubrik Tecc1nnovaters >> rubrik-tecc1nnovaters-2017

Rubrik TVETTunes >> rubrik-tvettunes-2017

Rubrik eConvergence >>rubrik-econvinternational2017

Sekian, untuk rujukan bersama.

Pendaftaran eDOLA2017 dibuka!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


PERHATIAN!!

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi pertandingan-pertandingan eDOLA2017 telah pun dibuka. Sila mendaftar dengan mengisi borang online yang telah disediakan.

dengan caranya  seperti berikut :

Competition > eDOLA2017 > Pendaftaran Pertandingan > Borang Pendaftaran

untuk menyemak pendaftaran yang dibuat klik pada ‘Semakan Pendaftaran’

 

Sekian, terima kasih.

ALL THE BEST!

 

Akses melalui Laman Web Rasmi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


PERHATIAN!!

Portal e-Learning PJK kini boleh di akses melalui Laman Web Rasmi Politeknik Jeli dengan menekan butang Portal e-Learning PJK di bahagian kanan web tersebut.

Langkah 1 – akses masuk ke Laman Web Rasmi PJK di URL http://www.pjk.edu.my/portal/

web

Langkah 2 – klik pada butang Portal e-Learning PJK di bahagian kanan web tersebut

web2

Sekian, terima kasih

Tempahan TeCC di buka!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


PERHATIAN!!

Penggunaan bilik TeCC untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran telah dibuka kepada SEMUA Pensyarah di Politeknik Jeli Kelantan. Sila tempah dan semak jadual penggunaan terlebih dahulu supaya tidak ada yang bertindih tarikh dan waktu tempahan.

Sekian, terima kasih

tecc-room-pic